Tuesday, November 29, 2011

Penjagaan untuk Bersalin Caesarean (C-zer)

Rasanya Mama Pink masih tak lewat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut maal Hijrah, ye??

Hari ini Mama Pink tertarik untuk membincangkan tentang penjagaan ibu-ibu bersalin Caesarean atau C-section. Mama Pink cuma boleh ceritakan pengalaman Mama Pink sendiri, bersalinkan Aimy C-zer. Alif dulu Mama Pink bersalin secara  normal. Banyak yang masa masa bersalin normal kita buat tapi tak boleh buat semasa bersalin c-zer.


1. BENGKUNG. Memang jadi masalah. Tetapi Mama Pink browse internet dan ramai yang suggest pergi beli kat bengkungmoden.com. Rasanya, bolehlah diterima bengkung yang pakai pelekat macam kasut sekolah tu. Tapi bengkung biasa pun boleh digunakan. Cuma ikat sampai perut yang atas sahaja. Perut bawah tu biarkan 'free' dulu.


2. LUKA JAHITAN. uuuu... itu memang wajib jaga. Ada orang kata jgn mandi sampailah luka tu sembuh/ kering. Salah tu. Doktor yang merawat Mama Pink dulu kata, mandi lah macam biasa. Kalau tak mandi, nanti semua kuman-kuman dan bakteria akan pergi ke tempat luka itu dan menjadikan luka bertambah parah. Mama Pink amalkan mandi herba yang Mama Pink beli dari bengkungmoden.com juga. Tapi, luka jahitan akan ada special treatment iaitu, di sapu dengan dettol setiap kali mandi. Mama Pink memang mandi dua kali sehari tau... Tak pernah kurang. Baby pun sama Ada satu lagi yang Mama Pink dapat dari doktor yang merawat Mama Pink iaitu cari di farmasi dresser spray. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka dan spray atas luka tersebut. Insyaallah, lebih mudah luka akan sembuh.


3. TUNGKU dan URUT. Memang ada yang cakap jangan urut dulu selepas bersalin. Mama Pink dulu sakit-sakit satu badan selepas bersalin. Memang dah lah masa mengandung tu memang sakit-sakit badan, campur lepas bersalin... memang Mama Pink terus cari tukang urut... Lagipun nak urut melancarkan pengeluaran susu sebenarnya. Jadi tukang urut hnaya akan urut dia bahangian-bahangian lain badan dan perut bahagian atas sahaja. Bahagian bawah perut tu, tunggu lah selepas 6-8 bulan baru urut. Tungku tiada masalah... Mama Pink beli satu tungku moden yang boleh caj dan dia akan panas. Setiap kali bertungku siang dan Mama Pink akan ulang disebelah malam. Juga boleh didapati dari bengkungmoden.com atau mysetbersalin.com.



4. JAMU. Memang jamu adalah satu yang Mama Pink tak boleh amalkan langsung semasa bersalin. Bersalin normal, dan lebih-lebih lagi bersalin c-zer. Panas dan baby boleh sakit perut dan cirit birit! Jadi Mama PInk makan Vitamin Shaklee. Mama Pink ambil Confinement Set (Full Set) + Ostematrix + Omega Guard. Alhamdulillah, baby sihat dan Mama Pink sihat sepanjang pantang. Luka c-zer pun sembuh cepat.Masalah angin dalam badan atau nak panaskan badan semasa berpantang, Mama Pink ambik Peppermint Ginger tablet 5 biji dan rendamkan dengan air panas + madu lebah. Memang satu minuman yang Mama Pink suka sangat dan tukang urut akan bagi dengan biskut selepas berurut. Lega dan sedap!!! Ahh.. rasa nak buat pulak teh tu lepas ini.
 
Walaupun Full Set RM 481, tetapi khasiat untuk tubuh badan melebihi harga tersebut. Percayalah.. Mama Pink pantang sendiri sebab ibu Mama Pink sudah meninggal dan ibu mertua jauh di Johor. Mama Pink cepat bertenanga berbanding anak pertama dulu dan Aimy hanya mengalami jaundice ringan dan tidak perlu di wadkan.Perlu diingatkan Mama Pink hanya mengamalkan Shaklee semasa pantang dan bukan semasa kehamilan. Mungking kehamilan akan datang, Mama Pink akan amalkan sepenuhnya produk Shaklee ini.

Baby Aimy selepas pantang



Trial Set - Confinement Set (CS Set 1) RM 65

Confinement Set (CS 1) RM 265

Confinement Set (CS 1) RM 265 + Lecithin (RM52.50) + Calcium-Otematrix (RM61) + Alfalfa (RM53.75) + Peppermint Ginger (RM 45) = Total RM 481


Kalau mahukan harga lebih murah berbanding  harga di atas, Mama Pink ada caranya. Hubungi Mama Pink di 012-3198638 atau email ke alamat inthepink348@yahoo.com. Insyaallah, Mama Pink boleh membantu anda!!

Wednesday, November 23, 2011

Feedback: Breastfeeding Set (Mah Ji)

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah beberapa orang yang mengulang mengambil vitamin dengan Mama Pink. Lebih-lebih lagi rakan-rakan Mama Pink. Seronok dan teruja Mama Pink apabila mereka mendapat manfaat dari pengambilan suplemen Shaklee.

Ok lah.. Hari ni Mama Pink nak kongsi kan testimoni dari Mah Ji, ibu kepada Farhat Iskandar (2 tahun) dan Amsyar Iskandar (7 bulan). Mah Ji seorang ibu yang hebat!! Kedua-dua anaknya masih breastfeed!! Jadi, bekalan susu kena banyak lah. Macam yang pernah Mama Pink katakan dulu, susu ini adalah demand and supply. Dia akan pam susu setiap hari, pagi 2 kali tghari sekali dan ptg sekali.


Apa yang menarik Mama Pink untuk berkongsi pengalaman Mah Ji adalah dia kata bekalan susu masih banyak dan yang paling penting, badan tidak terasa penat setelah mengambil suplemen Shaklee!! Alhamdulillah... Mama Pink rasa seronok betul bila dia nak share pengalaman dia di sini.

Jadi, ibu-ibu... bakal-bakal ibu dan ... pem'breastfeed' tegar, jom ambil suplemen Shaklee!!



Hubungi Mama Pink melalui email  inthepink348@yahoo.comatau call 012-3198638, hari ini. 
Segera dapatkan harga promosi YES sebelum terlambat!!

Wednesday, November 16, 2011

Promosi YES - Year End Sale 2011


 

Sempena Year End Sale (YES) 15/11/2011 - 2/1/2011, Mama Pink ingin dengan julung-julung kalinya ingin membuat promosi bagi online shop INTHEPINK.






VIVIX Original Price RM 475    Sale RM 400
 

BF SET (Breastfeeding Set) Original Price RM 65  Sale RM 62

PINK SET Original Price RM 60  Sale RM 58

FEMININE SET Original Price RM 65  Sale RM 60
IQ SET Original Price RM 60  Sale RM 55

LECITHIN Original Price RM52.50  Sale RM50

GLA Complex Original Price RM91.25  Sale RM85

VITA LEA (MULTIVITAMINS) Original Price RM 88.75  Sale RM 80

FULL BF SET (Breastfeeding Set) Original Price RM288.75  Sale RM 260

PINK KIDS SET (Full Set) Original Price RM 89.25  Sale RM75   

PINK KIDS SET (Trial Set) Original Price RM 40 Sale RM 35
contains 30 tabs of VITA LEA Chewable and 30 tabs Chewable Vita C

Performance Drink - Orange Original Price RM 82.50  Sale RM 75

Energizing Soy Protein (ESP) Original Price RM 150  Sale RM135



 
Cinch (Vanilla/Chocolate Flavor) Original Price RM173  Sale RM 150   

Vivix dan Asthma

Assalamualaikum dan Salam bulan November...

Sedar tak sedar, dah 16 hari bulan November berlalu... Lama betul Mama Pink tinggalkan arena blogging ni... agak sibuk dgn pelbagai perkara... Maklumlah.. dah nak masuk hujung tahun ni.. camni lah...

Hari ni Mama Pink nak kongsi kisah Vivix dan Asthma...

Mama Pink dah bagi Alif Vivix secara konsisten selama dekat 5 bulan... Alahmdulillah, selama mengamalkan Vivix banyak perubahannya. Dia dah lama tak kena asthma attack. Bila dia start selsema Mama Pink dah risau... biasanya dia pasti akan melarat menjadi serangan asthma. Alhamdulillah, berkat doa dan percaya Mama Pink pada Vivix... setakat ini, tiada serangan asthma.


Mula-mula Alif ada healing crisis. Dia start batuk2 ringan dan bibirnya jadi sangat kering serta mengelupas. Mama Pink sapukan krim bibir dan berikan lebih banyak air untuk minum. Seminggu pertama, dia pasti akan berak-berak seperti cirit birit dan najisnya berwarna hitam tapi cair. Mama Pink teruskan juga. Sekarang, dia seperti tak sabar menunggu rutin untuk minum Vivix.

Cara untuk memberi Vivix pada kanak-kanak adalah 1 teaspoon/tablespoon itu, dilute/cairkan dengan air masak sejuk dan berikan dia minum. Rasanya agak kelat2 masam. Macam Ribena tapi tiada gula.

Mama Pink tegaskan, segala dalam blog ini adalah pengalaman yang Mama Pink share dari pengalaman Mama Pink atau orang di sekitar Mama Pink. Harap-harap, dapatlah membantu semua yang mengalami masalah yang sama. Insyaallah, kite hanya berusaha tetapi Dia yang menentukan.